BUDAYA NEGARA KITA

Negara Malaysia terdiri daripada dynamik bangsa iaitu orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Perayaan, agama dan adat resam dan lain-lain adalah unsur-unsur mempengaruhi dan membentukan kebudayaan di Malaysia. Perayaan harus diteruskan kerana perayaan melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Kebudayaan adalah elemen-elemen penting dalam membina masyarakat yang majmur dan harmoni. Kebudayaan berupaya mempengaruhi fikiran remaja dan membentukan remaja yang bermoral.



Thursday, 15 November 2012

Hari Deepavali


Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

                

Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden. 




Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai.













Walaupun penganut Hindu adalah  Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku

No comments:

Post a Comment