BUDAYA NEGARA KITA

Negara Malaysia terdiri daripada dynamik bangsa iaitu orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Perayaan, agama dan adat resam dan lain-lain adalah unsur-unsur mempengaruhi dan membentukan kebudayaan di Malaysia. Perayaan harus diteruskan kerana perayaan melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Kebudayaan adalah elemen-elemen penting dalam membina masyarakat yang majmur dan harmoni. Kebudayaan berupaya mempengaruhi fikiran remaja dan membentukan remaja yang bermoral.



Saturday, 17 November 2012

Tahun Baru Cina






Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang China. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya.



Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”. Apa itu “Nian”? menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian” adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa “Nian” pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun  menakutkan dan mengusir “Nian”, itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina.
      

 Adat resam merayakan Tahun Baru Cina yang baik termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel tulisan Perkataan “bahagia”, mengukus kuih tahun baru, memasak “Jiaozi”, menyala mercun, tidak tidur pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya desa dan  pekan dan bandar yang kecil. Sebelum merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah menempel kertas merah yang ditulis selamat tahun baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, atau menempel bermacam-macam lukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding, mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar dan pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah mempunyai sejarah yang lama, dan juga untuk mengusir hantu dan mendapat nasib baik pada zaman kuno sama seperti menyala mercun, dan beransur-ansur menjadi adat resam Tahun Baru Cina.


Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. 


Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga berkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan sebelum merayakan Tahun Baru Cina.


 Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan Tahun Baru Cina, malam itu secara umumnya juga dipanggil “Chuxi”. Pada malam itu, anggota keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan tidak tidur sepanjang malam. 



Apabila fajar menyingsing pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang China memakai baju baru, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga itu, kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk saling mengucapkan selamat tahun baru. Dalam beberapa hari yang kemudian, orang China gembira dalam suasana perayaan yang bahagia dan harmoni.Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. 

Pada Tahun Cina yang hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina.



Hari ini dianggap sebagai "tahun baru"suku kaum Hokkien untuk menyembah Maharaja Jed.. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan dan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Ada sesetengah suku Hokkien telah menyediakan makanan seperti mihun goreng, nasi goreng, kari daging ayam, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan untuk menyembah Maharaja Jed. Selepas itu, suku  Hokkien mengundang saudara-mara dan jiran makan bersama-sama dan bermain bunga api.
         

Perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan Tahun Baru Cina selesai.




No comments:

Post a Comment